Akaun muayyadadvisory.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala." - Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar





Lebih  70 BILLION HARTA BEKU   sehingga kini




TIADA PERSEPAKATAN  di kalangan   waris



PERTIKAIAN  dalam lantikan wasi




Terdapat  BANYAK  KOS  yang perlu didahulukan oleh   waris




TAK TAHU  nak bermula dari mana




TIADA MASA ,   kena cuti semata-mata urusan       pusaka     lama-lama       wasi       sendiri bertahun-tahun tiada kesudahan




PERPECAHAN KELUARGA serta over campur tangan dari keluarga terdekat.   Terdapat banyak kes-kes sebegini, ada yang viral & ada yang "silent issues"



KETAHUILAH  KUNCI URUS HARTA PUSAKA  ADALAH  WASIAT




1. Wasiat adalah pesanan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas aset untuk tujuan kebaikan kepada waris-waris & kebajikan yang dibenarkan oleh undang-undang Islam, selepas kematiannya.

2. Merupakan dokumen penting yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan urusan pentadbiran dan agihan harta pusaka.

3. Sebagai akses untuk mendapatkan Surat Kuasa dan Geran Probet untuk mencairkan harta pusaka.




1. Melantik WASI sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab mewakili individu tersebut.

2. Memudahkan untuk mentadbir harta pusaka iaitu membolehkan WASI mendapatkan surat kuasa atau geran  probet untuk mentadbir harta pusaka yang terbeku.

3. Menjaga hak kebajikan pemilik / pewasiat kerana 1/3 boleh dijariahkan kepada ahli bukan waris sama ada  kepada individu atau pertubuhan sebagai pahala jariahnya.

4. Menjaga kepentingan anak angkat dibawah jagaan.

5. Mempunyai senarai waris, hutang dan aset yang lengkap untuk diuruskan sebaiknya.

6. Waris tidak terbeban untuk menguruskan pusaka kerana antara kekangan waris-waris ialah tiada  pengetahuan dan pengalaman, memerlukan masa yang banyak, terkadang delay terlalu lama, menyebabkan memakan masa bertahun-tahun dan tidak ada kesudahan.







1. Hibah ialah Pemberian harta mengikut hasrat pemilik / si mati khususnya untuk orang yang tersayang dengan  jaminan dan memelihara hak-hak mereka.

2. Tidak tertakluk kepada hukum Faraid.

3. Hasrat dan niat pemberi hibah terlaksana dengan adanya Dokumen yang sah. Tanpa Dokumen yang sah,  pemindahan milik tidak akan berlaku, dan solusi akhir adalah agihan secara faraid.




1.  Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta pusaka kerana ianya sudah terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid.

2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah pada bila-bila masa.

3. Setlor dapat memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.

4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset yang dihibahkan semasa beliau masih hidup.

5. Setlor boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.




Aset seperti Hartanah, Emas, Perniagaan dan lain-lain.




1. Mengikut Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan  dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan  tertentu.

2. Pusaka yang melebihi 2 juta ke atas ia memerlukan 2 orang penjamin. Jaminan yang perlu diberi adalah  bernilaian sama dengan nilai harta pusaka si mati.

3. Ini akan menimbulkan masalah untuk mendapatkan jaminan dari 2 orang penjamin dikalangan waris.

4. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa  perlu mengemukakan penjamin.




1. Merupakan syarikat Amanah yang fokus dan Pakar di dalam bidang pengurusan Pusaka islam menyediakan solusi yang lengkap dari mula hingga akhir.

2.  Mempunyai struktur organisasi yang kukuh dan berkaliber.

3.  Mempunyai panel lawyer yang khusus.

4.  Mempunyai pengalaman yang luas.

5.  Kos yang lebih murah dan penyimpanan dokumen yang lebih efisien.

6.  Tidak memerlukan bon penjamin Hassle Free dan memudahkan ahli waris.




Langkah 1 : Pilih Produk


Langkah 2 : Isi Maklumat


Langkah 3 : Pilih Cara Pembayaran (Online / Manual Banking)



Sekiranya anda perlukan bantuan untuk pembayaran, klik button Whatsapp di bawah